Maaf nak citer lain sikit dari hal backstage...tetapi berkaitan gak dengan bidang yang diceburi. Persoalan boleh ke manusia hidup tanpa seni?...ia adalah satu persoalan pokok yang selalu dibahaskan oleh banyak pihak...ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju. Yang setuju tu pastinya orang seni..dan yang tak setuju tu kebanyakkannya bukan orang seni...tapi ada juga bukan orang seni yang setuju bahawa manusia hidup perlukan seni. Konflik tentang kefahaman seni ini telah lama wujud sejak di zaman Plato dan Aristotle lagi.
Sebenarnya banyak orang salah faham...sebab mereka merujuk seni itu terus kepada seni persembahan semata-mata. Seni itu luas maksudnya...manusia yang waras tidak boleh lari dari "seni". Contoh yang paling mudah adalah, semua orang mahukan "kecantikan", "kesempurnaan", "kekemasan", "kesenian", "keseronokan", "kegembiraan", "keaslian", "kebersihan", kedamaian", "keabadian" dan macam-macam lagi. Apabila kita menginginkan perkara-perkara yang disebutkan diatas, maknanya kita telahpun berada dalam dunia seni.
Sebab itulah, bila musim perayaan semua orang berlumba-lumba pergi shopping sebab nak beli pakaian baru, langsir baru dan berbagai-bagai lagi yang baru. Sebabnya, kita nak nampak cantik dan sempurna semasa sambutan perayaan nanti. Ertinya, kita telah terpengaruh dengan seni la tu..Ada sesetengah orang pulak bila penat bekerja atau ada masalah peribadi, pergi ke pantai, air terjun, tengok wayang, tengok teater, mengaji Quran, bersiar-siar dan lain-lain lagi. Segala tindakan yang dilakukan itu adalalah untuk mencari kedamaian...kan?. Kedamaian itu adalah "seni". Bila kita keluar makan bersama rakan atau keluarga, kebiasaannya kita akan memilih restoran atau kedai yang bersih, signboard pulak yang cantik, berwarna-warni (macam kedai Tom Yam) dan kadang-kadang tu masakannya tidaklah sesedap mana...itulah yang menunjukkan bahawa sebenarnya kita telah terpengaruh dengan seni hiasan yang ada pada kedai itu. Seni lagi...!
Pencarian dalam seni mempunyai persamaan dengan mencari falsafah. Falsafah berasal dari gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein yang bermaksud ‘menyintai’ dan shopos yang bermaksud ‘hikmah’. Falsafah bermaksud ‘kecintaan terhadap hikmah’ dan ahli falsafah bermaksud ‘orang yang menyintai hikmah’. Falsafah membicarakan pemikiran manusia yang ingin mencari sesuatu yang benar, tulus dan abadi. Oleh itu, menjadi seorang ahli falsafah ialah menjadi seorang individu yang mengejar dan mencari hikmah (wisdom) walaupun tidak semestinya berjaya memilikinya (Ahmad Sunawari Long 2008, 9).
Manakala karya seni merupakan sesuatu yang indah, cantik, halus, kesempurnaan (keabadian), ketinggian, kemulian dan kebenaran. Karya seni lahir dari sebuah pemikiran yang terkandung diatas. Oleh itu, setiap karya seni mempunyai keindahannya yang tersendiri. Apabila meneliti sebuah karya seni, kita tidak boleh lari dari memikirkan apa yang tersurat dan tersirat di sebalik karya tersebut. Mencari yang tersirat samada cantik, tulus, benar, abadi dan lain-lain adalah merupakan pencarian falsafah disebalik karya tersebut (Haji A. Aziz Deraman 1990, 1).
Tokoh falsafah Islam, Al-Ghazali menyatakan bahawa kesenian sebagai keindahan yang persepsi terhadapnya dicapai dalam dua tahap, tahap keindahan luar yang dapat dilihat dengan anggota mata, dan tahap keindahan batin yang hanya dapat dilihat dengan “mata hati” atau jiwa kebatinan seseorang itu (Rahmah Bujang 2007, 69).
Tidak dinafikan bahawa seni juga membawa kelalaian, jika ia disalahgunakan, jika kita mengaitkan dengan teori falsafah, maknanya kita mempunyai pilihan..samada ingin mencari yang baik atau yang buruk..kan?. Percanggahan itulah yang berlaku antara Plato dan Aristotle, yang juga menjadi percanggahan antara kita. Kepada para seniman, kesenian adalah cermin kebudayaan manusia dan di
dalamnya terkandung unsur-unsur pergolakan hidup baik yang positif dan negatif.
Seniman yang baik selalu memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan yang positif
dan unggul (Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah 1997, 4).
Jadi, kesimpulannya manusia tidak boleh hidup tanpa seni..kalau ada yang menolak lagi, maknanya orang itu bukan manusia..:-)

0 Comments