ASM adalah Assistant Stage Manager (Penolong Pengurus Pentas). Beliau atau mereka adalah orang terakhir dalam senarai SM Team. Ia boleh jadi 1 orang sahaja atau melebihi dari 1 orang, sama ada 2, 3 atau 4, mengikut skala produksi. Walaubagaimanapun SM dan DSM, masing-masing hanya 1 orang sahaja. Seorang SM boleh menguruskan 2 atau 3 produksi dalam satu masa, tetapi DSM tidak boleh pulak menguruskan 2 atau 3 produksi satu masa. Kenapa tak boleh...faham kan? sebab DSM kena ada bersama pengarah pada setiap masa..mana mungkin dia hilang kejap sana dan kejap sini..kan?
Ok, berbalik kepada ASM, tugasan ASM juga bukan mudah kerana persiapan ruang latihan, mock up set dan prop, kebersihan dan kemudahan tempat latihan, persediaan peralatan teknikal dan sebagainya adalah dibawah tanggungjawabnya untuk memastikan semua perkara tersebut tersedia semasa latihan. Jika sesebuah produksi itu mempunyai unit prop sekalipun, unit prop akan menyerahkan semua prop-prop tersebut kepada ASM untuk menjaga serta menguruskannya. Malah, ASM juga hendaklah berkebolehan membaikpulih prop atau set, jika berlaku sebarang kerosakan kecil. Pada sesi latihan berlangsung ASM akan sentiasa berada di kiri dan kanan ruang latihan, mengendalikan latihan dan seterusnya menunggu apa-apa arahan dari DSM mahupun SM.
Begitu juga semasa produksi memasuki panggung, beliau atau mereka ini akan sentiasa mengurus serta memastikan semua peralatan set, prop dan lain-lain tersedia untuk digunakan. ASM juga akan mengawal keselamatan keluar-masuk artis ke pentas dan akan menjadi "runner" semasa persembahan sedang berlangsung.
Jika menjayakan sesebuah program festival seperti Citrawarna, Rumah Terbuka Malaysia, Sambutan Kemerdekaan dan sebagainya, Unit Pengurusan Pentas akan dibantu pula oleh "Marshall". Tugas marshall adalah mengiringi peserta persembahan dan menjadi orang perantaraan antara SM Team atau produksi dengan peserta persembahan. Peranan marshall juga penting, kerana kelemahan marshall dalam mengawal, serta memahami perjalanan persembahan, akan menganggu kelancaran persembahan.
Sebagai penutup kepada perbincangan tentang SM Team atau Unit Pengurusan Pentas, sekali lagi saya ingin menyarankan bahawa bagi meningkatkan tahap profesionalisme unit pengurusan pentas, semua pihak hendaklah memperakui bahawa kepentingan unit ini dalam sesebuah produksi. Kita bakal menuju tahun 2020 dalam masa 8 tahun lagi...adakah kita ingin melihat bahawa kerjaya belakang tabir tidak maju seperti kerjaya lain? Sama ada jawapannya, Ya atau Tidak, ia terletak kepada kita..:-)
0 Comments