Tuntutan Penonton Terhadap Teknik Penyampaian Persembahan Pentas - Back Stage Call

Tuntutan Penonton Terhadap Teknik Penyampaian Persembahan Pentas

Salam...

Lama sangat rasanya tidak menulis apa-apa isu dalam Backstagecall ni...memang ada teringat nak menulis tapi ada sahaja halangan yang perlu diutamakan dahulu...Akhirnya saya mengambil kesempatan hari ini untuk menulis berkenaan isu yang patut dibincangkan kerana pada saya semua orang tahu dan sedar tentang isu tuntutan penonton terhadap teknik penyampaian persembahan pentas tidak perlu dipertikaikan lagi...




Pengguna hari ini adakalanya lebih 'advance' pendedahannya dalam sesuatu isu, lebih-lebih dengan dunia tanpa sempadan hari ini. Jika pihak yang mengeluarkan sesuatu produk leka dan ketinggalan zaman dalam pengeluaran produknya sudah pasti ia mengundang pelbagai tanggapan oleh pihak yang menerima atau menggunakan sesuatu produk itu. Ia akan dianggap sebagai produk basi, produk lama, produk yang tidak mengikut 'trend' dan sebagainya. Pihak pengeluar pula tidak boleh memaksa pihak pengguna itu agar menerima apa yang dihasilkannya. 

Dalam hal ini, ia tidak ketinggalan untuk produk dalam seni persembahan pentas. Pihak produksi yang terlibat hendaklah peka dan mengambil kira 'trend' ini jika ingin menarik lebih ramai penggemar mahupun bertahan dalam industri seni kreatif, kerana dikalangan penonton yang datang menyaksikan sesuatu produk seni juga terdiri dari orang yang berfikiran kreatif dan malah sesetengahnya telah terdedah dengan teknik penyampaian persembahan yang jauh terkehadapan dari sesetengah tenaga produksi yang berkecimpung dalam seni persembahan pentas itu sendiri. Keghairahan penonton yang inginkan persembahan yang lain dari yang lain adalah didorong oleh pelbagai faktor, antaranya pengaruh filem dan TV yang telah menyajikan pelbagai teknik penyampaian persembahan menggunakan perisian atau peralatan canggih dalam penghasilan sesebuah produksi. Penggunaan teknologi terkini dalam teknik penggambaran dan suntingan filem dan TV telah menghasilkan sesebuah produksi yang mampu membawa penonton memasuki ke suatu alam fantasi yang menyeronokkan.

Hasil dari pengaruh tersebut, penonton telah menuntut agar produksi persembahan pentas juga menghasilkan produksi yang serupa, setanding dengan produksi filem dan TV. Dalam soal ini, pelbagai pihak telah membincangkan hal tuntutan penonton terhadap isu ini. 

Hal ini telah dinyatakan oleh Thomas (1997):

“Recent years have seen many changes in theatre design and building. Now that audiences can see ‘the real thing’ on television or cinema screen, they expect more stimulation and less visual deception from the theatre. The profesional theatre has been forced to develop quite different methods of presentation where the involvement of the audience is a more integral parts”

Perkara yang sama juga turut ditegaskan dalam Sightline, Journal of Theatre Technology and Design (2003: 24-25):

… to continue working, live theatre has to be provided with an environment appropriate to the changing needs of its product and its audience. Although some of them may be architectural gems, there is no theatre in the world which could not be pulled down and an improvement built to provide the facilities appropriate to the current requirements of audience, performer and technician,…

Dalam temu bual Focus The Magazine of the Association of Lighting Designers, London  antara Prema Mehta dengan Lighting Designer Kevin Sleep (2005): Kevin menjelaskan bahawa "...Undoubtly, technology has made leaps and bounds in all aspects from dimmers to moving lights. Control systems allowing multi-parts fades, dimmers allowing much finer control, moving lights making endless possibilities,... (Mehta, Prema 2005, 17). 


Cabaran tersebut telah dikongsi bersama oleh tenaga pakar dari Stage Technologies Company Ltd, UK dalam Sightline Spring (2006: 30);

Marks defines his business as  moving scenery and people by computer. Having built firm foundations for the company over the past 10 years, Mark senses that we are only at beginning of a revolution in stage technology and believes the opportunity now exists to convert our industry to use automation more fully,...

In 2007, the German lighting designer Max Keller proposed the theory “there is no theatre without technology”. (Sightline Autumn 2008, 23-24). 


Berdasarkan perbincangan diatas, ia terbukti bahawa tuntutan tersebut bukanlah suatu perkara baharu, malah ia telah dibincangkan sejak tahun 90an lagi. Hari ini isu tersebut telah merebak keseluruh dunia dan tidak ketinggalan juga di Malaysia. Dengan terbinanya sebuah panggung teater bertaraf dunia seperti Istana Budaya, ia secara langsung telah menuntut tenaga kerja Istana Budaya agar menghasilkan suatu produksi yang setanding dengan kecanggihan panggung tersebut. Rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat seni persembahan pentas amat teruja sekali untuk melihat pementasan-pementasan tempatan yang setanding dengan produksi-produksi tersohor seperti yang terdapat di West End atau Broadway. 

Kecanggihan yang terdapat di Panggung Sari Istana Budaya dengan kos pembinaannya RM 210 Juta telah membuka peluang kepada penggiat seni persembahan pentas tempatan untuk menghasilkan produksi yang bertaraf lima bintang, sekaligus menguji kesediaan tenaga belakang tabir sesebuah produksi menghasilkan sesebuah persembahan yang memenuhi tuntutan penonton itu. Malah, panggung tersebut juga menjadi idaman bagi produksi luar dari Malaysia. 

Jika diambil kira bermula tarikh beroperasinya Istana Budaya pada tahun 1999 hingga kini, penonton seni persembahan pentas di Malaysia telah dihidangkan dengan pelbagai produksi yang hebat samada dari dalam dan luar negara dan sudah tentu permintaan penonton untuk menyaksikan persembahan yang bertaraf 'spectacular' di Malaysia tidak dapat di pandang remeh lagi. 

Cabaran inilah yang perlu dihadapi dan dilalui oleh tenaga belakang tabir sesebuah produksi pentas kini dan pada masa hadapan. Mahu tidak mahu, kesedaran dan persediaan diri oleh mereka yang bertugas sebagai tenaga penting dalam menjayakan sesebuah produksi pentas perlu mempunyai kemahiran tertentu khususnya hal berkaitan dengan pengurusan artistik yang sistematik dan berkesan. Pengurusan artistik yang berkesan telah terbukti mampu mengharungi tuntutan penonton masa kini. 

PERCAYALAHH!!! :-)



Post a Comment

0 Comments