Huuhh...lama betul tak menulis...macam-macam nak kena setel mengikut jadual yang sendiri tetapkan..:-) Alhamdulillah...ada yang dah setel dan ada yang belum selesai lagi...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan yang belum selesai lagi tuuu...Amin.
Tajuk yang saya nak perkatakan pada kali ini adalah berhubung dengan pendapat banyak pihak yang berperasangka bahawa Science dan Arts tu tak bercampur...walaubagaimanapun ada yang setuju bahawa kedua-duanya saling memerlukan.
Ada orang berpendapat bahawa seni itu hanya untuk orang seni..pemikiran orang seni dikatakan sukar difahami...orang seni selalu merepek dalam pemikiran dan keputusannya..betul ke begitu? Jika anda berpendapat betul orang seni sedemikian..sebenarnya anda silap..kerana orang seni selalu menggunakan pemikiran otak kanan dan kirinya...berbanding dengan bukan orang seni yang banyak menggunakan pemikiran otak kiri sahaja..(saya bukanlah pakar brain)..tp saya membaca tulisan oleh pakar-pakar dalam teknik pemikiran kreatif.. So, rugilah jika kita tidak menggunakan sepenuhnya kelebihan yang Allah cipta ituu..
Kenapa terjadi sedemikian? Ini disebabkan kerana jumudnya pemikiran terhadap Science dan Arts itu...mari kita bincangkan..kata Tony Buzan (pakar creative thinking) bahawa "sebaik-baik pemikiran bagi seseorang individu itu adalah menggunakan kedua-dua otak kiri dan kanannya"
Otak kiri lebih peka kepada perkataan, nombor, garisan, senarai, logik dan analisis...Manakala otak kanan pula lebih peka kepada rentak atau irama, warna, bentuk, peta, imaginasi atau ilusi..jika kita lihat kerja otak kiri dan kanan saling memerlukan kan? Dan..jika dikaitkan pemikiran otak kiri sebagai pemikiran "Sains" dan pemikiran otak kanan pula sebagai pemikiran "Seni"..Hal tersebut amat jelas bahawa science dan arts itu adalah saling memerlukan dan tidak dapat dipisahkan..kan?
Untuk memberi lebih kefahaman lagi...sebagai contoh bagaimana sebuah kereta dihasilkan...orang yang bertanggungjawab merekabentuk kereta itu datangnya dari kalangan pemikiran kreatif (seni)..lebih sempoi lagi orang panggil budak AD...dan yang buat engin kereta tu pulak budak Engineering...kedua-dua pihak ini saling memerlukan bagi menghasilkan sebuah kereta yang cantik dan lawa...engin pulak yang tahan lasak dan berkuasa tinggi...tanpa gabungan kedua-dua pihak "seni dan sains" bagaimana kereta ini dihasilkan..?
Dan kalau kita perhatikan bahawa kebanyakkan semua benda yang kita guna atau pakai hari ini adalah hasil kombinasi sains dan seni..cuba anda bayang-bayangkan!!!
Seterusnya...saya nak kaitkan sains dan seni dalam seni persembahan pentas...Istana Budaya itu diwujudkan bagi mempamerkan kepada masyarakat bahawa dalam seni persembahan pentas sudah pun melangkaui antara Science dan Arts..Gerak kerja menjayakan persembahan pentas seperti Istana Budaya tidak boleh lagi bergantung kepada orang seni semata-mata..Proses menjayakan sesebuah idea rekaan produksi hendaklah melibatkan antara pihak sains dan seni...sebagai contoh, jika pereka set atau prop merekabentuk sebuah kerusi atau meja yang bakal bergerak secara automatik ke tengah pentas..Idea merekabentuk kerusi atau meja itu datangnya dari pihak "seni"..manakala pihak "sains" pula memikirkan mekanisma untuk menggerakkan kerusi tersebut ke tengah pentas...kerjasama sebegini harus berlaku dalam dunia pementasan hari ini..
Hal sedemikian telah pun dipraktikkan oleh banyak pihak yang telah berjaya dalam industri ini khususnya di West End dan Broadway.. Ini dapat dilihat bagaimana idea babak Helikopter dimasukkan ke pentas dalam Muzikal Miss Saigon..dan bagaimana lampu Chandelier yang beratannya 200kg di jatuhkan dari bumbung auditorium ke tengah pentas dalam Muzikal Phantom of the Opera...Proses menjayakan babak-babak tersebut tidak dapat dilakukan tanpa penglibatan pihak pereka (seni) dan pihak kejuruteraan (sains)..Seorang pereka set atau prop tidak boleh bekerja bersendirian tanpa penglibatan pihak engineer dalam menjayakan idea tersebut..lebih-lebih lagi hal tersebut melibatkan keselamatan semua pihak yang berada dalam persembahan tersebut samada tenaga produksi, artis mahupun penonton...
Mungkin anda terfikir juga kenapa saya ingin tekankan sangat hal ini...??
Jawapannya...melalui pengalaman saya yang tidak seberapa dalam industri ini...saya lihat dan perhatikan bahawa banyak pihak yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa isu ini amat penting untuk difahami...dan seterusnya diamalkan..
Melalui tulisan ini juga, saya amat mengharapkan bahawa persepsi antara science dan arts ini dimurnikan dan akhirnya tanggapan bahawa "seni" hanya untuk orang seni itu akan berubah dan akhirnya mempercayai bahawa Science dan Arts itu menjadi pelengkap antara keduanya..
0 Comments