Setelah membincangkan tentang peranan pencahayaan dalam persembahan pentas..elok kita membincangkan pula tentang peranan rekaan bunyi. Ingin saya tegaskan di sini..apabila kita membincangkan tentang rekaan bunyi..kita tidak hanya memperkatakan tentang jenis microphone atau berapa banyak speaker atau berapa banyak monitor speaker yang ingin digunakan.
Apa yang harus dibincangkan adalah peranan bunyi dalam konteks "telling a story". Dalam hal ini juga, kita harus memahami tugasan antara Sound Engineer dan Sound Designer. Sebelum saya memfokuskan kepada rekaan bunyi, elok saya terangkan dahulu tugasan antara kedua-dua tersebut. Sound Engineer tugasannya lebih kepada mengadun bunyi (sama ada muzik atau lagu atau dialog). Beliau lebih faham tentang selok-belok mesin rakaman atau sound mixer (samada dalam studio rakaman atau live show). Manakala, Sound Designer pula bertindak mengenal pasti atau merekabentuk bunyi yang dipanggil sound effects seperti bunyi burung, cengkerik, petir, hujan, air, bunyi senapang, bunyi meriam, bunyi kenderaan dan lain-lain lagi termasuk juga menentukan muzik yang bersesuaian bagi melahirkan mood dan atmosphere dalam sesebuah babak atau keadaan.
Secara umumnya, Sound Designer tidak perlu mahir untuk mengendalikan mesin rakaman atau sound mixer...walaubagaimanapun beliau perlu faham akan peranan peralatan sound mixer, speaker, monitor khususnya tentang fungsi dB, fader, sub group, auxiliary, jenis mic, sound software, jenis speaker atau monitor. Pengetahuan ini perlu bagi memastikan Sound Designer dapat memastikan bahawa setiap rekaan bunyi yang dilahirkan mampu direalisasikan dengan sebaik mungkin. Bagi produksi berskala besar dan bertaraf profesional, Sound Engineer dan Sound Designer akan berkerjasama rapat dalam urusan bunyi khususnya produksi muzikal.
Seorang Sound Designer hendaklah mempunyai teknik yang tersendiri dalam menentukan sesuatu bunyi yang bersesuaian bagi sesuatu babak. Kebanyakkan rekabentuk bunyi yang selalu digunakan adalah berbentuk realism sound, yakni bunyi yang selalu didengari oleh penonton atau manusia seperti burung, ayam, anjing, hujan, air, radio, televisyen dan lain-lain lagi. Walaupun nampak mudah, tetapi percayalah melalui pengalaman saya, kebanyakkan Sound Designer tidak mengambil berat tentang cara atau teknik penggunaan sesuatu bunyi itu. Sebagai contoh, secara tradisinya apabila kita cuba menggambarkan suara anjing menyalak atau ayam berkokok, kebiasaannya anjing atau ayam ini berada di aras tanah bukannya berada di tempat yang tinggi (atas pokok), tetapi kita masih lagi mengeluarkan bunyi anjing atau ayam itu menggunakan speaker yang tergantung (bahagian atas). Apabila hal ini berlaku, kesan bunyi tersebut menjadi kelakar dan tidak menarik kerana penonton tidak dapat mendengar atau menghayati kesan bunyi tersebut secara realiti.
Begitu juga dengan bunyi radio atau televisyen, kita masih lagi mendengar bunyi radio atau televisyen menggunakan bunyi yang sangat kuat seolah-olah bunyi dalam sebuah disko sedangkan prop radio atau televisyen yang digunakan adalah bersaiz kecil atau mungkin radio usang yang tidak mungkin mengeluarkan bunyi sekuat itu. Keadaan ini lebih ketara, apabila radio atau televisyen tersebut digunakan di atas pentas, sedangkan bunyi yang keluar adalah di bahagian speaker yang tergantung tinggi. Di situlah kesilapan yang timbul kerana Sound Designer tidak peka kepada realism sound. Bagaimana pula yang dikatakan abstract sound? Kerjanya lagi mencabar seorang Sound Designer..sengaja saya biarkan anda berfikir!!
Kenapa saya membincangkan perkara ini? Penting sangat kah? Ya...ketelitian memang penting kalau kita ingin menghasilkan sesuatu kerja yang berkualiti serta jika ingin mengangkat industri ini ke tahap yang terbaik serta menghiburkan, seterusnya menguntungkan...
0 Comments