Semoga anda semua sihat walafiat...pada kali ini saya memilih tajuk yang berlainan sedikit dari apa yang selalu saya bincangkan selama ini...topik ini juga adalah permintaan dari seseorang yang juga pembaca setia blog saya pun...
Mungkin ramai di luar sana mempunyai pandangan yang berbeza tentang topik yang ingin saya bincang ini...tak mengapa lah...ilmu dan kemahiran masing-masing itu memang selalunya berbeza-beza...saya menulis ini berdasarkan sedikit pengalaman saya sebagai pengurus program kebudayaan yang telah saya harungi selama puluhan tahun...dan pada masa yang sama membaca buku-buku berkenaan Markerting of the Arts serta berkongsi pengalaman dengan mereka-mereka yang lebih maju dari segi teori dan praktis dalam hal mengatur strategi pemasaran bagi produk seni persembahan.
Sebenarnya apa-apa produk pun..kalau kita tengok strategi pemasarannya adalah sama sahaja iaitu ingin memastikan bahawa produk tersebut dapat diketahui oleh pengguna...pengguna yakin untuk membelinya dan seterusnya syarikat pengeluar memperolehi keuntungan. Justeru, sesebuah syarikat pengeluar itu akan memikirkan pelbagai teknik bagi memastikan produknya berjaya memasuki pasaran. Kebanyakkan kita tahu kan formula "the law of demand" dan "the law of supply". Formula bisnes biasa jer ni...maksudnya "selagi ada permintaan, selagi itulah kita bagi". Kan biasa dalam apa-apa perniagaan pun..termasuklah kedai keropok lekor, kedai jagung, kedai tom yam, kedai mamak dan lain-lain lagi lah. Kedai-kedai sebegini tumbuh macam cendawan kerana ada permintaan lah tuu..bila ada permintaan maka ramai yang buka kedai tuu..:-)
Jadi, dalam bidang seni pun sedikit sebanyak juga terpengaruh dengan trend perniagaan sebigini. Mana yang orang paling suka, produk itulah yang menjadi pilihan produser..kan? Itulah sebabnya teater muzikal menjadi pilihan banyak orang di IB tu. Saya dah cakap kat atas tu...strategi pemasaran adalah bagaimana nak buat untung dengan produk yang dijual. Tetapi, ini tidak bermaksud bahawa IB harus mementaskan produk muzikal sepanjang masa, kerana IB mempunyai tanggungjawab lain dalam mengangkat pelbagai genre seni lain seperti tarian, muzik, drama dan lain-lain lagi.
Memasarkan produk seni walaupun ada persamaan dengan strategi produk-produk harian yang lain. Namun, kaedah menjual produk seni tidaklah sama 100% dengan kaedah yang diamalkan oleh perniagaan-perniagaan lain. Produk seni persembahan bukannya diukur melalui rasa sedap, wangi, pedas, masing, manis dan lain-lain tu. Oleh kerana perbezaan itu, strategi pemasaran produk seni harus mempunyai strateginya yang tersendiri.
Banyak faktor yang boleh dijadikan panduan dalam mengatur strategi pemasaran produk seni ini. Antaranya adalah seperti menyediakan suatu perancangan yang rapi, yakni suatu strategi yang lengkap dan sistematik dalam menangani isu pemasaran mahupun promosi.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti:
1. Sasaran penonton - umur, perkerjaan, tempat tinggal, minat,
latar belakang sosial, keuntungan kepada penonton dan nilai
artistik.
2. Penonton baru di kejarkan, penonton lama jangan di tinggalkan.
3. Kenapa penonton patut hadir ke persembahan kita?
3.1 Pengalaman @ enjoyment yang disajikan?
3.2 Kualiti persembahan?
3.3 Reputasi penganjur?
3.4 Persembahan yang unik?
3.5 Kemudahan ke tempat persembahan?
3.6 Pengangkutan?
3.7 Tempat letak kereta?
3.8 Value for money?
Isu-isu yang saya senaraikan di atas adalah terpakai kepada semua jenis persembahan. Mungkin itu hanya sebahagian sahaja yang saya dapat senaraikan. Saya percaya banyak lagi dan ia bergantung kepada jenis produksi yang kita jayakan. Itu lah yang saya maksudkan diatas bahawa perlu ada perancangan yang rapi dalam menangani isu pemasaran ini.
Jika anda perasan juga, bahawa isu pemasaran ini juga adalah amat berkait rapat dengan produksi itu sendiri..kan? Hal ini bukan sahaja terletak kepada unit pemasaran semata-mata. Ia berkait dengan banyak perkara.. kan? Dari isu 3.1 hingga 3.8 itu banyak pihak yang terlibat. Penonton yang datang menyaksikan produksi kita juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita yang pergi menyaksikan produksi orang lain. Persoalan sama di atas akan bermain di kepala kita..kan? Jadi, seharusnya lah kita mengambil strategi pro-aktif dalam isu-isu di atas jika mahu memastikan orang datang menyaksikan produksi kita.
Walaupun, nampak sedikit sahaja, yakni 8 perkara sahaja tetapi gerak kerja yang harus dilakukan adalah banyak dan memerlukan sebuah pasukan produksi yang saling memahami akan kepentingan strategi pemasaran ini.
Sebagaimana yang saya nyatakan di atas bahawa menjual produk seni bukannya dipengaruhi oleh deria rasa iaitu lidah yang tergantung kepada rasa sedap, manis, masing dan sebagainya. Menjual produk seni adalah menggunakan 2 deria iaitu deria Mata dan deria Telinga (sight and sound). "Kesedapan" produk seni adalah terletak kepada "satisfaction" setiap penonton terhadap apa jua yang dilihat dan apa jua yang didengar oleh setiap penonton itu.
Satisfaction itu adalah tergantung kepada perkara yang terdapat pada isu 3.1 hingga 3.8 itu. Walaupun, mungkin ada isu lain yang wujud tetapi saya percaya bahawa isu-isu di atas merupakan isu utama harus di beri perhatian yang sewajarnya oleh setiap produksi.
0 Comments