"CULTURAL-TOURISM" SATU CABANG PERNIAGAAN SENI BERASASKAN PELANCONGAN - Back Stage Call

"CULTURAL-TOURISM" SATU CABANG PERNIAGAAN SENI BERASASKAN PELANCONGAN




Assalamualaikum dan salam sejahtera..dan SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI kepada seluruh pembaca dan pelawat BACKSATGECALL.MY

Tajuk yang ingin saya bincangkan kali ini adalah berkaitan dengan CULTURAL TOURISM atau PELANCONGAN BUDAYA yang saya rasa semua orang maklum dan tahu istilah tersebut. Di ASWARA kursus ini menjadi salah satu kursus WAJIB bagi setiap pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya Dengan Kepujian di FAKULTI PENGURUSAN SENI BUDAYA DAN WARISAN, ASWARA. Fokus utama kursus ini dimasukkan dalam PdP bagi pengajian ijazah ini adalah bagi mendedahkan para pelajar tentang kepentingan memahami kaitan produk seni, budaya dan warisan dalam konteks perniagaan berasaskan pelancongan. 

Banyak pihak telah memperkatakan tentang definisi Cultural Tourism ini, dan rata-rata mengakui bahawa agak sukar untuk mendefinisikan istilah tersebut. Sebagai contoh, dalam kajian MOHAMED ANWAR OMAR DIN & ZULAYTI BIN ZAKARIA (2011) menyatakan bahawa konsep pelancongan budaya amat sukar dijelaskan, dan sehingga ke hari ini masih belum ada definisi baku mengenainya. Richards (2001: 6), salah seorang sarjana paling penting dalam bidang ini, menyatakan “Given the fact that ‘culture’ as one of the most complicated words in English language, it is not suprisingthat cultural tourism is extremely diffi cult to defi ne.” Kesukaran itu timbul kerana timbulnya masalah pada persoalan pokok iaitu bagaimana mendefinisikan pengertian ‘budaya.’ Sudah sering diperkatakan oleh pelbagai pihak bahawa budaya mempunyai pelbagai pengertian. Walauapapun pengertiannya, perkara pokok yang ingin saya bincangkan di sini adalah bagaimana untuk manfaatkan produk seni, budaya dan warisan menjadi perniagaan kepada pemilik produk berasaskan seni, budaya dan warisan. 

Permintaan produk seni, budaya dan warisan sangat tinggi dalam pasaran pelancongan dan menjadi TREND golongan pelancong masa kini untuk memilih destinasi pelancongan berasaskan produk seni, budaya dan warisan. Berdasarkan kenyataan oleh Condor Ferries, United Kingdom dalam Millennials Travel Statistic & Trends 2020 bahawa:

According to the latest data, this generation has moved away from being a stereotypical tourist. Data shows that 86% of millennials travel for experience and culture, immersing themselves into their destination, staying clear of tourist traps – 60% ranks authentic culture as the essential part of their trip, 78% wanted their visit to be educational. 
(Source: https://www.condorferries.co.uk/millennials-travel-statistics-trends)

Kenyataan diatas menunjukkan bahawa peluang dan ruang yang sangat luas bagi penggiat seni, budaya dan warisan mengusahakan sesuatu menggunakan produk seni, budaya dan warisan ke dalam perniagaan berasaskan pelancongan.

Bagaimana untuk menghasilkan produk seni, budaya dan warisan dan kemudiannya dijadikan sebagai produk pelancongan?

Dalam hal ini saya memilih produk seni persembahan sebagai produk yang akan diketengahkan sebagai produk "Cultural Tourism" kerana produk ini amat rapat dengan industri yang saya berada sekarang ini. Produk yang saya maksudkan adalah seperti Tarian Tradisional, Muzik Tradisional, Teater Tradisional, Busana/Kostum Tradisional, Pembuatan Alat Muzik Tradisional dan lain-lain lagi. Produk-produk seni, budaya dan warisan yang lain juga boleh diketengahkan seperti permainan tradisional, makanan tradisional, perubatan tradisional, Adat dan Budaya tradisional dan lain-lain lagi. 

Bagi menjadikan produk seni, budaya dan warisan sebagai produk pelancongan yang holistik, saya mencadangkan ianya hendaklah dijadikan pakej pelancongan yang dikenali sebagai EDU-TOURISM. Walaupun Edu-Toursim lebih menumpukan kepada menggalakan masyarakat luar negara memilih Malaysia sebagai destinasi pengajian tinggi, namun pendekatan melancong sambil berhibur dan mendapat ilmu juga menjadi trend masa kini. 

Sebagai contoh, kita boleh adakan produk seperti:

1) Melancong ke Negeri Kelantan sambil mempelajari teknik  tarian popular negeri Kelantan seperti Tari Inai, Dikir Barat, Bermain Rebana Ubi dan lain-lain lagi. 

2) Melancong ke Kuala Lumpur sambil mempelajari pelbagai persembahan seni, budaya dan warisan di ASWARA.

3) Para penggiat seni, budaya dan warisan hendaklah menghasilkan produk dengan jenama masing-masing dengan pakej tertentu untuk menarik pelancong memilih pakej yang ditawarkan. 

4) Melancong ke Melaka sambil mempelajari teknik menyanyi dan muzik Dondang Sayang atau mempelajari teknik Masakan Asam Pedas Melaka.

Cara dan bentuk pendidikan yang harus diterapkan...

Program sebegini bukannya memfokuskan pembelajaran yang formal, ianya sekadar perkongsian ilmu dan kepakaran kepada pelancong. Dengan pendekatan sebegini, para pelancong dapat melancong sambil mempelajari serta mengalami pengalaman setempat yang bersifat AUTHENTIC. Pada masa yang sama, produk tertentu yang berbentuk fizikal boleh juga dijual kepada para pelancong yang hadir. 

Teknik pemasaran juga haruskan ditekankan...

Pemasaran yang berkesan amat memainkan peranan penting dalam memastikan bakal pelancong mengetahui kewujudan pakej yang kita telah wujudkan. Selain itu, pemilik produk seni juga hendaklah membuat kerjasama dengan pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam industri pelancongan bagi tujuan memperkenalkan produk kita melalui platform industri pelancongan. 

Jangan lupa dalam menyediakan konten pemasaran gunakan teknik  AUTHENTICITY, SINCERITY & CREATIVITY!!!


Post a Comment

0 Comments