BERHATI-HATI POSTING KARYA SENI ANDA DI MEDIA SOSIAL - Back Stage Call

BERHATI-HATI POSTING KARYA SENI ANDA DI MEDIA SOSIAL

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Alahamdulillah ada kesempatan untuk menulis sesuatu yang saya rasa penting untuk kita semua semak-semak apa yang kita buat samada menguntungkan atau merugikan diri kita sendiri. 

Perkara ini remeh sahaja tapi kesannya agak besar jika kita leka atau seronok tanpa mengambil kira faedah atau keuntungan yang kita dapat. 




Saya ingin bincangkan tajuk BERHATI-HATI POSTING KARYA SENI ANDA DI MEDIA SOSIAL kerana terdapat dikalangan kita di luar sana sering posting pelbagai karya seni atau hasil kerja masing-masing tanpa merasakan apa-apa kekurangan atau kelemahan  daripada aktiviti tersebut. 

Jika anda ingin menjadikan karya atau hasil kerja anda sebagai punca pendapatan atau kerjaya masa depan anda, Anda harus berubah cara anda posting karya atau hasil kerja anda seperti yang saya sarankan ini. Mungkin ada yang sedar tentang hal ini tapi saya percaya ramai juga yang tidak perasan tentang hal ini. 

Perbincangan ini juga adalah berkaitan dengan strategi pemasaran bagi diri anda yang juga sebagai produk. Jangan sekali-kali posting karya seni atau hasil kerja anda yang TERLALU MENTAH atau BERSIFAT AMATUR kerana anda sebenarnya sedang MENJUAL KELEMAHAN DIRI anda. 


1) Jika anda ingin menjual produk muzik


Produk seni muzik atau persembahan muzik adalah bersifat halwa telinga kepada orang lain. Saya cadangkan anda harus pastikan bahawa audio muzik anda tersebut dalam kualiti yang terbaik agar masyarakat dapat menilai dan menghayati muzik anda itu. Kesan bunyi yang baik akan memberikan anda lebih cerah untuk mendapat perhatian masyarakat mahupun pihak-pihak tertentu yang sedang mencari produk muzik yang baik dan bakal menjadi peluang kerjaya atau perniagaan anda dalam bidang muzik. 


2) Jika anda ingin menjadi penyanyi


Jika anda ingin menjadi penyanyi, kriteria untuk menjadi penyanyi adalah penampilan diri baik, suara yang baik dan rakaman video yang baik. Untuk penampilan diri yang baik, saya cadangkan anda harus pastikan pakaian atau kostum, solekan atau keperluan penampilan diri yang lain yang bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan. Untuk suara yang baik pula, pastikan rakaman suara atau audionya adalah yang terbaik dengan apa cara sekali pun. Bagi rakaman video yang baik pula, anda hendaklah harus berusaha membuat rakaman dengan kualiti video yang baik. Elakkan video kualiti rendah, lampu yang tidak cukup terang, teknik rakaman terlalu amatur dan pastikan kerja-kerja post production seperti editing dan masukkan subtitle dengan baik. 


3) Jika anda seorang penari 


Jika anda ingin menjadi penari, kriteria untuk menjadi penari adalah penampilan diri baik, gerak tari yang baik dan rakaman video yang baik. Untuk penampilan diri yang baik, saya cadangkan anda harus pastikan kostum, solekan atau keperluan penampilan diri yang lain yang bersesuaian dengan jenis tarian yang ditarikan.  Gerak tari yang baik akan nampak lebih baik jika rakaman video juga baik. Anda hendaklah harus berusaha membuat rakaman dengan kualiti video yang baik. Elakkan video kualiti rendah, lampu yang tidak cukup terang, teknik rakaman terlalu amatur dan pastikan kerja-kerja post production seperti editing dan masukkan subtitle dengan baik.  


4) Apa sahaja produk atau karya seni anda


Bagi produk-produk yang selain daripada diatas, saya cadangkan anda jangan sekali-kali anda posting jika anda tidak bersedia dengan kualiti yang baik. First appearance atau penampilan pertama adalah amat penting dalam strategi pemasaran apa-apa produk sekali pun. Hal ini juga berkait rapat dengan sebarang produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat atau agensi pengeluar. Kelemahan yang tidak disengajakan akan merosakkan keseluruhan hala tuju atau kejayaan sesebuah syarikat atau agensi tersebut. 


ANDA HARUS TAHU!!


KEBAIKAN atau  KELEMAHAN produk di MEDIA SOSIAL (produk digital) adalah terletak kepada kualiti AUDIO dan VISUAL produk tersebut. Walauapapun alasan anda, khalayak hanya menilai diri anda atau produk anda melalui dua kaedah tersebut. 








 




Post a Comment

0 Comments