APAKAH PENGARUH ChatGPT DALAM PENDIDIKAN SENI? - Back Stage Call

APAKAH PENGARUH ChatGPT DALAM PENDIDIKAN SENI?



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tidak terlambat saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Tajuk perbincangan saya kali ini amat menarik kerana saya ingin menbincangkan bagaimana pengaruh ChatGPT dalam pendidikan seni. Sebelum itu, biar saya perjelaskan sedikit apa itu ChatGPT khususnya bagi mereka yang mungkin masih tidak biasa atau tidak mengenali ChatGPT tersebut. 

Apa itu ChatGPT?

ChatGPT ialah chatbot kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) yang dibangunkan oleh OpenAI dan dikeluarkan pada November 2022. Ia dibina di atas model bahasa besar (Large Language Models - LLM) asas OpenAI GPT-3.5 dan GPT-4 dan telah diperhalusi (pendekatan untuk memindahkan pembelajaran) menggunakan kedua-dua teknik pembelajaran yang diselia dengan pengukuhannya yang tersendiri. ChatGPT adalah menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi untuk mencipta dialog perbualan seperti manusia. Model bahasa boleh menjawab soalan dan mengarang pelbagai kandungan bertulis, termasuk artikel, siaran media sosial, esei, kod dan e-mail.

Sejak mula diperkenalkan pada November 2022, aplikasi atau kemudahan ChatGPT ini telah digunapakai oleh banyak pihak dan menjadi suatu trendy dalam pencarian ilmu di alaf baharu ini. Malah, ada yang mengatakan bahawa kehebatan ChatGPT tersebut telah mengalahkan sumber ilmu dari Google Search atau mana-mana platform yang wujud sebelum ini. ChatGPT telah menunjukkan bahawa fungsi AI yang meneroka segala persoalan yang ditanya melalui machine learning, algorithm dan deep learning telah membuktikan bahawa semua ilmu pengetahuan yang diperlukan seseorang manusia hanya berada di situ. 

Dalam hal ini ada pihak yang mengakui bahawa ChatGPT adalah suatu perubahan baharu kepada cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang harus difikirkan oleh golongan akademik atau institusi pengajian. Persoalan juga timbul adakah sumber keilmuan daripada ChatGPT itu memberi kesan positif atau negatif kepada penerima ilmu tersebut. 

Dalam Forbes ada membincangkan bahawa:

ChatGPT: A Threat To Higher Education? 

The latest threat, if you believe the hype, is ChatGPT, an AI-powered chatbot from Silicon Valley startup OpenAI. Released on November 30, the large language model (LLM) software has been predicted to do away with higher education (as well as journalism, code writing, and even Google, according to Gmail developer Paul Buchheit, who tweeted on December 1 that the search engine “may be only a year or two away from total disruption”. As someone deeply familiar with the crises facing my institution and others, I can say with certainty that ChatGPT is more hype than harm—and it might even offer some help. (Dr. Jason Wingard, 2023). Senior Contributor, Global thought leader on leadership development and the future of work. 

Dalam sisi lain pula, beberapa universiti terkemuka di UK, termasuk Imperial College London dan University of Cambridge, mengeluarkan kenyataan yang memberi amaran kepada pelajar supaya tidak menggunakan ChatGPT untuk menipu. Pendapat Jenna Lyle (2023),  “While the tool may be able to provide quick and easy answers to questions, it does not build critical-­thinking and problem-solving skills, which are essential for academic and lifelong success,”. A spokeswoman for the New York City Department of Education, told the Washington Post in early January.

Bagaimana kita harus raikan ChatGPT? 

Pada pandangan saya, kita tidak boleh menidakkan keupayaan serta kecenderungan masyarakat hari ini untuk memilih atau mencari sumber ilmu daripada sumber-sumber yang mereka rasakan betul serta dapat menyelesaikan persoalan mereka. Hal ini adalah terkait rapat dengan revolusi IR4.0 dan IR5.0 yang menuntut kebijaksanaan manusia menggunakan teknologi dan mesin sebagai sebahagian daripada peralatan bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian. Kebergantungan kepada kehidupan manusia yang memerlukan keselesaan dalam semua perkara yang harus mesti cepat, mudah dan murah tidak boleh lagi disangkal kerana itu adalah tuntutan masa kini dan akan datang. 

Dalam hal ini, aplikasi ChatGPT telah hadir di kala manusia yang sedang dipengaruhi oleh tuntutan inginkan semua perkara mesti cepat, mudah dan murah. Oleh itu, kebangkitan AI yang telah mengajar manusia untuk mendapat ilmu dengan mudah, cepat dan murah tersebut menjadi cabaran baharu kepada tenaga akademik mahupun institusi pengajian yang perlu bertindak seiring dengan peredaran zaman.

Pengaruh ChatGPT kepada pendidikan seni... 

Secara peribadi saya meraikan ChatGPT dalam PdP saya. Saya percaya bahawa seseorang yang bergelar tenaga akademik harus menguasai ChatGPT kerana jika kita menguasainya pelajar kita akan tetap menggunakan ChatGPT dalam mencari ilmu dalam apa jua situasi. Hal ini, tidak hanya tertumpu kepada pendidikan seni semata-mata malah semua peringkat dan bentuk pendidikan. Para pensyarah atau cikgu harus ingat bahawa para pelajar akan terlebih dahulu mendapat ilmu yang mereka belum pelajari dari kita sebelum mereka memasuki bilik kuliah atau bilik darjah. 

Dalam pengamatan saya, semua aspek ilmu dalam pendidikan seni ada terdapat dalam ChatGPT dan semua persoalan yang diutarakan dijawab oleh AI dalam beberapa saat sahaja. Jawapannya sangat padat, terperinci dan memuaskan kepada pihak yang bertanya. Perbincangan atau persoalan dalam ChatGPT juga boleh ditanya secara bersambung-sambung bagi menacri jawapan yang selanjutnya dan lebih terperinci. ChatGPT juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dalam dunia. 

Sebagai contoh: 

1) Saya ingin menjadi seoran Pengurus Pentas, apakah ilmu pengetahuan yang saya perlu pelajari?

2)  Sebagai seorang Pengurus Pentas, apakah yang perlu saya lakukan di peringkat Pra-Produksi?

3) Saya telah dilantik sebagai Pengurus Pentas tetapi saya tidak tahu untuk menguruskan sesi latihan. Apa yang perlu saya lakukan?

Cabaran baharu kepada tenaga akademik...

Sebagaimana yang saya bincangkan diatas bahawa ChatGPT mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri khususnya ChatGPT tidak mampu sepenuhnya untuk membina keupayaan seseorang untuk berfikir secara kritikal serta penyelesaian masalah secara real time. ChatGPT juga tidak mampu untuk mencuri kehebatan atau kemahiran seseorang pensyarah atau cikgu kerana aplikasi tersebut tetap terbatas dalam menerokai kehebatan ilmu seseorang individu. 

Oleh itu, saya cadangkan seseorang pensyarah atau cikgu hendaklah sentiasa meningkatkan ILMU KEMAHIRAN PRAKTIKAL bukan hanya ILMU PENGETAHUAN kerana ilmu pengetahuan boleh didapati dalam ChatGPT. Pada masa yang sama, setiap pensyarah atau cikgu harus menguasai ChatGPT kerana ILMU PENGETAHUAN dalam ChatGPT sangat luas untuk diterjemahkan dalam PdP kita. 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada pensyarah, cikgu mahupun individu yang berminat dalam dunia keilmuan. 






Post a Comment

0 Comments